Tuesday, November 08, 2011

Tarian Kehidupan

Mata pena ini terus menari
Bertingkah mengikut rentak hancur
Bergerak berlandas angin kelabu
Meliuk dihembus ombak salju
Apakah semua ini butiran yang wujud
Dalam roda hidupku?
Dalam degupan nadiku?

Aku ingin mencari sesuatu yang baru
Di mana aku akan diterima
- bermaknakah penerimaan itu?
Ya, aku hanya mahu hidup tanpa rasa bisa
Ibarat hempedu dipijak, diinjak, dijejak.
Bebas.

Namun, adakah bebas dalam kamus kehidupan?
Bebas total, penuh - menuju kehancuran,
kebinasaan
Aku tidak sanggup lagi untuk hidup
terus dalam gelumang dunia itu
Aku serik? Tidak, aku hanya mahu mencuba
Mencuba suatu yang baru
Yang mungkin bisa menerima aku

Biasakah bisa yang sebati ini dicabut, rentap
dari kalbu hitamku?
Aku berserah setelah segala yang berlaku
Membiar pena ini terus menari
Mencoret masa dan ketika
Hingga sampai saat akhirnya
Aku terhenti...