Tuesday, April 05, 2011

Hati

Berkata pada yang melihat,
berbisik pada yang mendengar,
Berlagu pada yang rindu,
Bertasbih pada yang satu,
Mampukah aku terus hidup dalam kepompong nafsu,
Yang membakar hingga mati semua zarah kecilku.

Aku tahu itu semua salahku, silapku, khilafku,
Namun masih adakah ruang untuk kuperbetul
Semua rongga yang telah aku tebuk dengan sepenuh nyawa
Masih adakah ruang untukku bernafas semula,
Masih adakah tinta untuk ku sebar pada semua,
Bahawa aku juga insan biasa.

Tersimpang aku dari jalan itu bukan hanya kerna dia,
Bukan hanya kerna mereka,
Bukan hanya kerna dunia,
Tapi kerna aku terleka dengan mainan mata,
Yang sentiasa menggoda, menarik, memujuk,
Agar aku jatuh ke lembah noda.

Aku masih sedar gerakan tanganku,
Aku melihat langkah kakiku,
Aku merasa kelembutan itu,
Namun hatiku terus membatu kelu,
Mengeras bagai berlian hitam yang tak mungkin terpecahkan,
Mungkinkah?

Adakah masih ada waktu untukku kembali pada hari itu,
Hari aku tercipta hanya untuk memohon,
Aku tak mampu!

Kiniku hanya menunggu waktu dan ketika,
Detik akhir untukku katakan pada semua,
"Jangan dirindui diri ini kerna aku tak layak menerimanya."

No comments: