Sunday, December 11, 2011

Inilah yang terbaik

Kata itu semuanya dusta
Ceritera yang tidak akan pernah aku laungkan
untuk didengari dan dihayati
seluruh pelosok duniawi
Kerna semua itu hanyalah mimpi
Yang pasti tidak akan aku gapai
di dunia realiti.

Bersalahkah aku untuk bermimpi
Dipeluk dengan penuh rasa kasih
Ditatang dengan penuh rasa sayang
Sedangkan aku juga mahu menyayangi
Mempunyai seorang teman untuk berkongsi
Tanpa sebarang motif atau ilusi

Salahkah aku untuk berharap
menemui seorang yang boleh aku percayai
Untukku hamparkan seluruh jiwaku
Kerana aku percayakan hubungan itu?
Aku kering dan gering untuk menunggu
ibarat mencari air di tengah padang pasir
Sebak, sendiri.

Mampukah aku? Layakkah aku?
Air mata ini sudah letih mengalir
Mengenang semua janji yang takkan pernah termakbul
Aku mengerti dan aku fahami
Takdirku sebegini.

Lalu biarkanlah aku sendiri
Kerna bagiku,

Inilah yang terbaik...

No comments: