Wednesday, September 21, 2011

bumi asing

tanah ini belum pernah aku jejaki
deruan angin ini belum pernah aku rasai
binaan ini belum pernah aku temui
terasingkah aku?

tidak, semua itu hanya khayalan yang aku cipta
hanya omongan yang aku reka
hanya seruan yang aku suarakan
kerna aku mahu bermula baru
bermula dari titik ini
bermula semula mencari erti diri

mampukah aku temui zarah itu?

kerna yang tinggal kini hanya sebuah
perjalanan...

1 comment:

jar_of_heartzzz said...

So sad.. What happened to u friends..any problems?( ika)