Monday, January 31, 2011

~ Aku Rindu

Aku rindu pada suara itu
Aku rindu pada perbualan itu
Aku rindu pada hubungan itu
Aku rindu saat kita dahulu
Berkongsi dan mengisi tiap-tiap rompong
yang terbit dalam hati yang gersang.

Akankah saat-saat indah itu kembali
mewarnai hidupku kini?
Bisakah aku berserah pada takdir:
Menunggu hingga kau kembali menegur kehadiranku,
Menunggu hingga kau kembali mengasihiku,
Menunggu hingga kau kembali menerimaku;
Selepas segala kesilapan yang tanpa sedar
telah aku lakukan.

Maafkan aku kasih
Kerna aku tidak bisa memutar semula waktu
Membawa kita semula ke taman yang indah
Yang telah kita cipta bersama
Kerna itu juga yang aku damba

Terimalah aku kembali!
Permohonan yang lahir jauh di lubuk sanubariku ini
Agar suatu hari nanti
Kita dapat bersama semula
Meniti ronak ranjau kehidupan
Mencipta rona dunia bercahaya
Khas buat kita berdua...


No comments: